Aku baru terperasan.. Blog aku ni dah 2 kali post sebab makanan. Dah kenapa ko aini. Lapau memanjang ker? eehhhh tak paham betul aku. Hhehehe..
Ni aku nak meluahkan pasal NAIK.. Apa yang naik?? Kos sara hidup la wehhh.. Boleh dikatakan hampir nak meninggallah aku tengok harga barang sekarang. Puncanya sebab minyak naik. Sebelum tu aku nak bagitau keadaan aku masa di Kuala Berang dulu.
.
.
Pekan Kuala Berang (Google)
Sememangnya aku merungut jugaklah. Sebab memang stress kalau kau pergi pasar basah, setakat sayur kampung mak aiiii.. Telan air liur kalau nak beli. Sebabkan dok sorang, so kekadang belilah makanan siap masak, sekali kau harganya sama dengan KL. YERR tak tipu. Standard KL orang Kuala Berang ni. Selalu yang aku dengar orang merungut lelebih bukan orang luar macam aku, tapi penduduk tetap situ gak. So bukan aku merungut syok sendiri.
| Bandaraya Shah Alam (Google) |
So bila aku dapat tukar dekat dengan suami (Alhamdulillah) mestilah aku sukakan. TAPI aku berpindah ke tempat yang memang kawasan bandar. Dah nama SHAH ALAM takkan kampung pulak. Perghhh memang lagilah terasa. Kau bayangkan keluar rumah dah sah-sah kau akan jumpa tol. Dan jarak daripada rumah ke ofis boleh tahan lak jugak. Itu belum kalau buat kerja luar.
Setiap kesenangan ALLAH akan uji dengan sedikit kesusahan. Dan sekarang, aku mula terasa kesusahan dari segi kos hidup disini. Yelah walaupun masih berdua, tapi kos tetap kos. Duit yang keluar mengalir macam air. Kalau tak buat sesuatu, alamat hujung bulan asyik menganga . Kerja hanya untuk bayar hutang. Adalah juga konon buat part time sikit-sikit. Tapi kalau banyak mana pon duit kalau kita langsung tak mendisiplinkan diri cara-cara nak manage diri habislah..
So untuk tahun 2014 ni. Semakin besar cabaran yang akan aku hadapi. Macam-macam dugaan yang akan datang. Aku harap dapat menempuh dengan jayanya. Hahaha nampak tak ayat poyo aku disitu. Kau dah kenapa Aini. Oklah sebelum aku muntah baca ayat aku sendiri baik aku cau.. Tata...
p/s: Bila pertandingan MASTERCHEF Malaysia nak keluar ni. Aku rasa macam nak masuk jer. Kot-kot kalau menang boleh lah berenti jer kerja aku sekarang. Takboleh komplen lelebih kerajaan sebab aku sedar yang kerajaan jugaklah bayar gaji aku sekarang.. wahai kerajaan Malaysia.. You are my boss..
No comments:
Post a Comment