Monday, December 30, 2013

Nak cerita SELAIN MAKANAN..

Aku baru terperasan.. Blog aku ni dah 2 kali post sebab makanan. Dah kenapa ko aini. Lapau memanjang ker? eehhhh tak paham betul aku. Hhehehe..

Ni aku nak meluahkan pasal NAIK.. Apa yang naik?? Kos sara hidup la wehhh.. Boleh dikatakan hampir nak meninggallah aku tengok harga barang sekarang. Puncanya sebab minyak naik. Sebelum tu aku nak bagitau keadaan aku masa di Kuala Berang dulu.


.
Pekan Kuala Berang (Google)

Sememangnya aku merungut jugaklah. Sebab memang stress kalau kau pergi pasar basah, setakat sayur kampung mak aiiii.. Telan air liur kalau nak beli. Sebabkan dok sorang, so kekadang belilah makanan siap masak, sekali kau harganya sama dengan KL. YERR tak tipu. Standard KL orang Kuala Berang ni. Selalu yang aku dengar orang merungut lelebih bukan orang luar macam aku, tapi penduduk tetap situ gak. So bukan aku merungut syok sendiri.

Bandaraya Shah Alam (Google)

So bila aku dapat tukar dekat dengan suami (Alhamdulillah) mestilah aku sukakan. TAPI aku berpindah ke tempat yang memang kawasan bandar. Dah nama SHAH ALAM takkan kampung pulak. Perghhh memang lagilah terasa. Kau bayangkan keluar rumah dah sah-sah kau akan jumpa tol. Dan jarak daripada rumah ke ofis boleh tahan lak jugak. Itu belum kalau buat kerja luar.


Setiap kesenangan ALLAH akan uji dengan sedikit kesusahan. Dan sekarang, aku mula terasa kesusahan dari segi kos hidup disini. Yelah walaupun masih berdua, tapi kos tetap kos. Duit yang keluar mengalir macam air. Kalau tak buat sesuatu, alamat hujung bulan asyik menganga . Kerja hanya untuk bayar hutang. Adalah juga konon buat part time sikit-sikit. Tapi kalau banyak mana pon duit kalau kita langsung tak mendisiplinkan diri cara-cara nak manage diri habislah.. 

So untuk tahun 2014 ni. Semakin besar cabaran yang akan aku hadapi. Macam-macam dugaan yang akan datang. Aku harap dapat menempuh dengan jayanya. Hahaha nampak tak ayat poyo aku disitu. Kau dah kenapa Aini. Oklah sebelum aku muntah baca ayat aku sendiri baik aku cau.. Tata...




p/s: Bila pertandingan MASTERCHEF Malaysia nak keluar ni. Aku rasa macam nak masuk jer. Kot-kot kalau menang boleh lah berenti jer kerja aku sekarang. Takboleh komplen lelebih kerajaan sebab aku sedar yang kerajaan jugaklah bayar gaji aku sekarang.. wahai kerajaan Malaysia.. You are my boss.. 


Sunday, December 29, 2013

Its all about REZEKI..

Emm.. eemmm... Ai is malu nak cerita sebenarnya. Bila sebut pasal rezeki mesti perkara pertama terlintas ialah pasal REZEKI ANAK. Yes!! Sudah setahun aku berkahwin. And yes aku masih belum dikurniakan CAHAYA MATA. Sememangnya aku memang suka GILAAA kanak-kanak. Sebab apa?? Ofkos la sebab diorang comel gile katerkoo.. Dan aku selalu hanya mampu tengok anak orang lain, main dengan anak orang lain. Untuk mempunyai anak sendiri MASIH BELUM ADA REZEKI. Alahh tu kan ayat yang biasa kau bagi. YUP memang ayat biasa. tetapi setiap kali yer, setiap kali orang tanya kat aku, bila nak dapat anak, setiap kali itulah jantung aku ni macam ada orang tumbuk-tumbuk, orang cubit, orang pijak-pihjak. (Gila DRAMA ayat kau yer Aini). tapi tulah yang aku rasa.

Aku memang sedar yang masyarakat kita ni memang sangat-sangat prihatin. Prihatin dengan kesusahan orang lain, kekurangan orang lain, kelebihan orang lain. Semua-semua tulah. Tapi boleh ke tidok, at least prihatin dengan perasaan orang yang memang ada kekurangannya ini. Aku terima cadangan-cadangan, dan usaha-usaha mereka-mereka ini yang memang risau dengan keadaan aku. Dan secara tidak langsung tolong menambahkan kestressan aku.

Jika aku ni nak dibandingkan dengan ramai lagi orang-orang yang bertahun masih belum dikurniakan anak, sapalah aku. Setiap tahun kalau musim perayaan, Majils kenduri kendara ataupon reunion mesti mereka akan dihadapkan soalan prihatin yang pertama jika belum kahwin, BILA NAK KAHWIN, kalau belum ada anak BILA NAK ADA ANAK. Selalu hanya senyuman jer yang aku mampu beri. Senyuman dengan seribu makna.

Walauapapun, secool mana aku, terdetik jugalah aku untuk meyimpan sejuta harapan untuk aku dikurniakan rezeki yang aku tunggu ini. TETAPI jika ALLAH dah menetapkan aku tiada REZEKI untuk itu aku pasrah. sebab aku tau, ALLAH dah aturkan semua bersebab. DAN SEBAB itu aku masih cool. TERIMA KASIH kepada SEMUA YANG PRIHATIN secara langsung atau tidak langsung, yang prihatin di depan muka dan dibelakang aku. Terima kasihlah kepada mereka yang selalu berkongsi kebahagian mereka  kepada aku. Sesungguhnya aku sentiasa mendoakan kebahagaian semua orang.

Dan aku mohon untuk korang semua mendoakan kebahagian aku.. 

Lekluuuuu i believe that i will come one day.. hehehe (Google)

Thursday, December 26, 2013

Korea selatan dan Makanan






Salam jumaat.. Ni tetiba terliur weh tengok makanan2 korea. (Ofkos terpengaruh RunningMan) Aku selalu perasan makanan diorg macam sedap sangat. Contoh masa diorg buat kimchi.. Rasa macam nikmat gila jek. 

Sekali makan makkk aihhh... gila weh xsedap langsung... harap rupe jer. Tapi tak tau la kot2 tekak aku ke yang tak leh terima ka, aku tak tau.. Nie antara makanan yang aku teringin nak cuba.. yang pentimg takde BABI ye. Ko gila nak makan babi... wek!!!!


 
Bibimbap (google)


Dukbokki (google)


Eee ehhhh... terliurkan bila tengok balik.. Hmm tapikan walaupon banyakkkkk jer restoran Korean ni, tp ntah kenapa ak selalu tak yakin dengan kehalalannn restoren tuh.. Mengada betul aku ni. aku tau. Tapi nak buat macammana.. Tuh kan aku..  Dah la, aku memang mula mengarut balik dah ni. BYE.. ANYOUNG!!





Monday, March 11, 2013

Jom memasak!!

Aku memang suka sangat memasak.. Memang gila2 suka wey. Tp aku memamg kureng plak dalam bab2 makan balik makanan yang aku masak tuh. Disebabkan masa kecik2 (xla kecik sangat, kira waktu zaman sekolah kiranya) aku jenis pemalas nak makan. Tu yang kurus sangat ai is.. Sekarang mcm dinosur dah aku ni. (sedey.. sob..sob..)

Bila dah kawin ni, aku selalu tengok resepi-resepi terbaru utk aku buat bagi laki aku makan. TAPI... Laki aku ni pelik sikit. Dia memang xsuka cuba makan bende pelik2. Aku bukannya bagi dia makan tapir masak pedas pon. Tapi resepi yang lain dari yang lain la. En. Syukran akan kerut2 dahi tengok masakan aku tuh.. Nasib badan la.. Hai sayang, boleh x you makan jer masa ai yang meletop2 ni. Boring tau asyik makan benda yang sama.

p/s: Rindu sangat dengan awak ler.. hmmm

Sunday, March 3, 2013

KPOP la sangat..

KPOP?? Yelah.. KPOP la sangat kan.. Sejarah macam mana aku suka apa2 kaitan dengan Korea.


Masa mula-mula dulu klu aku x silap aku form 4 or form 5 rasanya.. Keluar la cerita korea yang fames amos. Memang tgh in masa tuh.. Kalau tak silap cerita Winter Sonata.

Memang meletop-letop kebabomm la masa tuh.. Tapi aku xlayan manapon. Masa mula-mula aku tengok macam boring plak.So memang aku x layan..

Lepas drama ni habis keluar pulak drama baru..





Drama Autum In My Heart.. Wah cerita ni memang membunuh masa study ku. Memang masa ni aku betul2 jatuh hati dengan hero2 dia. Heroin dia pon memang tahap dewa la cantiknya. Jalan cerita plak tragis la sangat, kesah tertukar anak, si mak angkat die yg miskin. Hero no 1 ni jatuh cinta yg rupa2nya adik agkat dia sendiri. Pompuan yang watak jahat 2 aku lupa dah nama dia mmg super la. Tak macam love story yang lain dia bukan happy ever after.. Ending dia memang menyedihkan. Aku 3 hari nangis meratapi nasib dorang. Overkan aku?? MASA TU la ekk..

Sejak drama ni la yang aku memang tergila2 kan drama korea. Masa masuk U lg ramai geng2 yang sama minat dengan. aku. So bermula la episod pengumpul drama korea yang tegar.. segala mala cerita best2 aku simpan dalam aku punya external hard disk.. Sampai penuh la tinggal beberapa MB jek.. Taksubkan aku??





Sekarang pulak aku dah kureng dgn drama2 tangkap leleh diorg nih.. aku melayan variety show diorg plak. mmg best sgt lah!! klu aku tengok cerita ni sesorang rasanya jiran sebelah boleh dengar kot aku punya gelak. Macam orang gila la kau.. papepon cerita ni dah berapa season dah.  

ni nak sambung tengak balik.. hehehe..
p/s: gambau2 ni ehsan dari pakcik google ek..

Sunday, January 20, 2013

Sedang mencari??

kot yelakan.. Apa yang kau sedang mencarinya joyah?? Hahahaha .. Aku tengah pikirkan produk yang sesuai dengan kulit muka aku ni. Untuk pengetahuan semua.. (ada ke orang nak baca aini?? jangan perasan hokey!!) kulit muka aku ni jenis sangat la sensetifnya. Ada jugak kalau orang cakap muka aku ni ada penyakit RESDUNG. Xpa aku rredha jek. Yesss aku memang ada allergic dengan kucing dan buah pinang?? (haa buah pinang pon nak alergic gak ek??)

Alkisahnya masa aku kecik dulu depan umah aku ni ada pokok pinang yang buah dia kecik2 tuh. xtau la plak nama saintifiknya. malas aku nak mencarinya kat internet. aku suka main buah pinang tu tau. pastu ada satu hari tu aku rasa muka aku ni gatal sangat. bukan sikit2 tau. banyak okey. sampai mata aku bengkak. gila sakit wey.. nangis la aku. tapi mengadu dengan mak memang mintak maap la dia nak melayan aku. ada la 3 kali rasanya aku kena bengkak2 muka. pastu aku carilah punca sebenar kenapa muka aku asyik membengkak. semuanya lepas aku pegang buah pinang tuh.. so aku pon jalankan eksperimen dengan buah pinang tuh. Dan seperti yang dijangka memang muka aku bengkak yang amat teruk. ko nak tau aku buat eksperimen tuh kat mana?? kat sekolah ok!! Memang bengap sikit aku masa tuh. Tak pasal2 muka aku bengkak. Dah la aku ada date  dengan ex-bf aku kat belakang sekolah.(sempat menggatal aku).. Lepas kejadian tu taubat nasuha aku nak menyentuh lagi buah pinang..

Berbalik pada motif asal aku tulis post ni.. TOLONG la mana la produk yang sesuai dengan aku. Penat tau dengan muka yang ntah pape niii. Sentap rasa hati bila tengok cermin.. Mintak En. Syukran belikan SK-11 la.. Sayam2... nak ehh.. hehe

okbai..

Monday, January 7, 2013

Saya budak baru belajar??

berkenaan tajuk nih.. almaklumlah aku ni baru je bt blog. sedangkan mase skrg ni blog kira dah basi pon. skrg ni boleh katakan org lg suka Instagram, xpon twitter semua tulah.. aku ada semua acc tuh. bukan jenis nak mengikut org ke hape tp ntah macam mane lately aku macam suka menulis pepanjang cerita untuk aku publish ke internet. xtau kenapa..

so dah lame tahan2 diri nak buat blog akhirnya terbuat jugak. dan bukan mengharap orang untuk membaca isi blog ni pon. boleh aku katakan blog ni nantikan tempat aku nak luahkan segala isi hati aku yang xmampu aku cakap ke org secara face to face. harap2 dengan ada blog ni dapat melayan kisah2 aku yang merapu.

So aku harap sangat aku dapat belajar benda2 yang baru dlm blog ni..

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan..

sekian..

okbai!!

Andai ku bercinta lagi..

x de pasal aku ni nak update AJL 27.. aku ni klu anugerah2 kat Malaysia ni aku jarang sekali la nak ikot tengok tercongok depan tv. sejak2 korje ni kan.. nak jadikan cerita bebaru ni aku tengok la AJl dgn housemate.. (yela dah name dok asing dgn suami la katekan.. )  tengok persembahan setiap finalis aku xde la rasa gempak mana. semua cara persembahan macam serabut jek. tp aku harus akui cewahhh.. aku suka pesembahan Hafiz.. suara dia mmg best. pastu suara Black pon not bad. sesuai dgn lagu die mendayu2 tuh.. aku ni kira peminat Aizat la tp xde fanatik mana pon. Memang lagu Yuna tu sedap. Tapi aku rasa si aizat nyanyi mcm malas jek. yelah mmg sesuai lagu tu meleret-leret..

Aku xtau nape aku mmg suka lagu Mojo tuh. tajuk die Andai Ku Bercita lagi.. mmg sedih kot lagu dia. tp ntah pape masa diorg perform baru2 ni.. macam over sangat.. Aku memang tak suka orang over2 ni. kalau aku xpe nak over..

tengok2 aizat n yuna menang. so okla. xde beriya aku nak melompat kesukaan diorang menang. duit tu bukan nya dapat ke aku ke. dorang gak dapat ye dak?? x macam sorang tuh.. konon kata ramalannya berjaya. apa ko ingat kau tu tukang tilik hape?? no..nooo.. syirik weh..

dah la.. apapon tahniah la pada yang berjaya yek. tuh je aku mampu. ok nak sambung dengar lagu Andai ku bercinta lagi.. even aku xmo dah nak bercinta2 lagi. dah ada suami kan.. cukuplah cinta aku dengan Allah Yang Maha Esa, dengan keluarga dan suami..

okbai..

Kredit gambar sepenuhnya kepada Instagram Aizat Amdan.

Tahun baru, tajuk baru

al-kisah di tahun baru... mood kerja memang tahap hape ntah. punya la pemalas aku ni taktau la nak cakap. nak buek cammano.. cinta hati jauh nun di sana. okeyy over tau. nak sentap2. yela maklomlah baru KAWIN.. harus la nak berkepitkan.. ke ada yang xsuka berkepit dengan laki sendiri?? cabaran woii dok berjauhan ni. tapi tu semua akan aku coretkan nanti-nantilah.. sekarang layankan la kemengarutkan aku hari ni. keje punya la banyak tapi nyempat plakkan buat blog.. acaner?? korang jangan cakap aku malas bekorje yek.. cuma nak ambil mood sikit.  apapon jom layan dulu percubaan pertamaku as a blogger hokey.. meh try letak gambar gediks ku bersama suami tercinta.. hehehee


aku akan nama suamiku seperti nama di IC jela... kita panngil dia en.Syukran lah yek.. 

hai sayang!! luv u... (sila muntah beramai2) hehehe

okbai!!

Sunday, January 6, 2013

the new life!!

dah sama dengan tajuk blogkan.. memang dah lama sangat nak buat blog tp tak terbuat2.. so this is it.. my new wish for 2013 has begin.. the new blog i guess.. so selamat menulis untuk diriku ini..