Monday, December 30, 2013

Nak cerita SELAIN MAKANAN..

Aku baru terperasan.. Blog aku ni dah 2 kali post sebab makanan. Dah kenapa ko aini. Lapau memanjang ker? eehhhh tak paham betul aku. Hhehehe..

Ni aku nak meluahkan pasal NAIK.. Apa yang naik?? Kos sara hidup la wehhh.. Boleh dikatakan hampir nak meninggallah aku tengok harga barang sekarang. Puncanya sebab minyak naik. Sebelum tu aku nak bagitau keadaan aku masa di Kuala Berang dulu.


.
Pekan Kuala Berang (Google)

Sememangnya aku merungut jugaklah. Sebab memang stress kalau kau pergi pasar basah, setakat sayur kampung mak aiiii.. Telan air liur kalau nak beli. Sebabkan dok sorang, so kekadang belilah makanan siap masak, sekali kau harganya sama dengan KL. YERR tak tipu. Standard KL orang Kuala Berang ni. Selalu yang aku dengar orang merungut lelebih bukan orang luar macam aku, tapi penduduk tetap situ gak. So bukan aku merungut syok sendiri.

Bandaraya Shah Alam (Google)

So bila aku dapat tukar dekat dengan suami (Alhamdulillah) mestilah aku sukakan. TAPI aku berpindah ke tempat yang memang kawasan bandar. Dah nama SHAH ALAM takkan kampung pulak. Perghhh memang lagilah terasa. Kau bayangkan keluar rumah dah sah-sah kau akan jumpa tol. Dan jarak daripada rumah ke ofis boleh tahan lak jugak. Itu belum kalau buat kerja luar.


Setiap kesenangan ALLAH akan uji dengan sedikit kesusahan. Dan sekarang, aku mula terasa kesusahan dari segi kos hidup disini. Yelah walaupun masih berdua, tapi kos tetap kos. Duit yang keluar mengalir macam air. Kalau tak buat sesuatu, alamat hujung bulan asyik menganga . Kerja hanya untuk bayar hutang. Adalah juga konon buat part time sikit-sikit. Tapi kalau banyak mana pon duit kalau kita langsung tak mendisiplinkan diri cara-cara nak manage diri habislah.. 

So untuk tahun 2014 ni. Semakin besar cabaran yang akan aku hadapi. Macam-macam dugaan yang akan datang. Aku harap dapat menempuh dengan jayanya. Hahaha nampak tak ayat poyo aku disitu. Kau dah kenapa Aini. Oklah sebelum aku muntah baca ayat aku sendiri baik aku cau.. Tata...




p/s: Bila pertandingan MASTERCHEF Malaysia nak keluar ni. Aku rasa macam nak masuk jer. Kot-kot kalau menang boleh lah berenti jer kerja aku sekarang. Takboleh komplen lelebih kerajaan sebab aku sedar yang kerajaan jugaklah bayar gaji aku sekarang.. wahai kerajaan Malaysia.. You are my boss.. 


Sunday, December 29, 2013

Its all about REZEKI..

Emm.. eemmm... Ai is malu nak cerita sebenarnya. Bila sebut pasal rezeki mesti perkara pertama terlintas ialah pasal REZEKI ANAK. Yes!! Sudah setahun aku berkahwin. And yes aku masih belum dikurniakan CAHAYA MATA. Sememangnya aku memang suka GILAAA kanak-kanak. Sebab apa?? Ofkos la sebab diorang comel gile katerkoo.. Dan aku selalu hanya mampu tengok anak orang lain, main dengan anak orang lain. Untuk mempunyai anak sendiri MASIH BELUM ADA REZEKI. Alahh tu kan ayat yang biasa kau bagi. YUP memang ayat biasa. tetapi setiap kali yer, setiap kali orang tanya kat aku, bila nak dapat anak, setiap kali itulah jantung aku ni macam ada orang tumbuk-tumbuk, orang cubit, orang pijak-pihjak. (Gila DRAMA ayat kau yer Aini). tapi tulah yang aku rasa.

Aku memang sedar yang masyarakat kita ni memang sangat-sangat prihatin. Prihatin dengan kesusahan orang lain, kekurangan orang lain, kelebihan orang lain. Semua-semua tulah. Tapi boleh ke tidok, at least prihatin dengan perasaan orang yang memang ada kekurangannya ini. Aku terima cadangan-cadangan, dan usaha-usaha mereka-mereka ini yang memang risau dengan keadaan aku. Dan secara tidak langsung tolong menambahkan kestressan aku.

Jika aku ni nak dibandingkan dengan ramai lagi orang-orang yang bertahun masih belum dikurniakan anak, sapalah aku. Setiap tahun kalau musim perayaan, Majils kenduri kendara ataupon reunion mesti mereka akan dihadapkan soalan prihatin yang pertama jika belum kahwin, BILA NAK KAHWIN, kalau belum ada anak BILA NAK ADA ANAK. Selalu hanya senyuman jer yang aku mampu beri. Senyuman dengan seribu makna.

Walauapapun, secool mana aku, terdetik jugalah aku untuk meyimpan sejuta harapan untuk aku dikurniakan rezeki yang aku tunggu ini. TETAPI jika ALLAH dah menetapkan aku tiada REZEKI untuk itu aku pasrah. sebab aku tau, ALLAH dah aturkan semua bersebab. DAN SEBAB itu aku masih cool. TERIMA KASIH kepada SEMUA YANG PRIHATIN secara langsung atau tidak langsung, yang prihatin di depan muka dan dibelakang aku. Terima kasihlah kepada mereka yang selalu berkongsi kebahagian mereka  kepada aku. Sesungguhnya aku sentiasa mendoakan kebahagaian semua orang.

Dan aku mohon untuk korang semua mendoakan kebahagian aku.. 

Lekluuuuu i believe that i will come one day.. hehehe (Google)

Thursday, December 26, 2013

Korea selatan dan Makanan






Salam jumaat.. Ni tetiba terliur weh tengok makanan2 korea. (Ofkos terpengaruh RunningMan) Aku selalu perasan makanan diorg macam sedap sangat. Contoh masa diorg buat kimchi.. Rasa macam nikmat gila jek. 

Sekali makan makkk aihhh... gila weh xsedap langsung... harap rupe jer. Tapi tak tau la kot2 tekak aku ke yang tak leh terima ka, aku tak tau.. Nie antara makanan yang aku teringin nak cuba.. yang pentimg takde BABI ye. Ko gila nak makan babi... wek!!!!


 
Bibimbap (google)


Dukbokki (google)


Eee ehhhh... terliurkan bila tengok balik.. Hmm tapikan walaupon banyakkkkk jer restoran Korean ni, tp ntah kenapa ak selalu tak yakin dengan kehalalannn restoren tuh.. Mengada betul aku ni. aku tau. Tapi nak buat macammana.. Tuh kan aku..  Dah la, aku memang mula mengarut balik dah ni. BYE.. ANYOUNG!!